Run [Dubai trip]

Aku tidak dapat tidur dengan nyenyak sepanjang perjalanan. Mengantuk, tetapi setiap kali ditutup mata, hanya gangguan daripada pergerakkan manusia bermundar-mandir di dalam kabin kapal terbang.

Lalu aku memakai headphone.

Thanks to a guy sitting beside me on second row, he’s kind of cool with my ‘jakun’ to everything on that flight, he helped me how to use those electronic coz I already forgot how, and also picking up my cutlery on the floor.

Dia transit perjalanannya ke Paris bersama-sama keluarga boss dia yang duduk di business class. Macam trip bersama staf gitulah.

Selepas lunch, kabin mula bergelap dan suasana juga semakin sunyi daripada pergerakkan manusia. Aku pakai headphone dan memasang playlist kegemaran aku.

Aku keluarkan buku ‘A thousand splendid Suns’ (the only book I brought here for reading) and I read the first paragraph. So sudden I got a splendid idea for the intro. Apa lagi, tulislah.

IMG20180323142601

Selepas beberapa muka surat, aku terasa mengantuk sangat dan lelapkan mata.

Selepas beberapa minit,

Lorh, masa untuk snacking pula dah…

45 minit sebelum mendarat, aku membuka tingkap di sebelahku, dan mataku terpegun dengan apa yang dilihat. Di sebalik samaran kabus, aku melihat lautan biru dan lautan pasir.

Ya Allah.. Luasnya bumiMu.

IMG20180323163403IMG20180323164651

Hati aku tak henti-henti mengucap Maha Suci Allah, Maha Luas.

Sebelum ini aku pernah melawat tanah Arab dan tinggal di sana selama 2 bulan, tetapi perasaan ketika itu berbeza dengan sekarang. Sangat berbeza.

Sejurus mendarat terus ke emigresen, dan perlu beratur panjang untuk memasuki ke dalam pintu masuk Dubai. Abang aku berkali-kali telefon tentang lokasi aku, lepas saja cop passport dan scanning. Aku berlari-lari anak mengambil luggages dan berlari-lari anak lagi pergi ke pintu keluar.

Untuk pelawat dari Malaysia, luggage perlu di scan semasa keluar, cepat-cepat aku berjalan dan mujur ada pekerja yang boleh tolong angkatkan luggages berat2 tuh.

Aku keluar dan mendapatkan keluarga aku, ‘eh, C dan yang lain mana?’ aku bertanya kepada ibu, bapak dan Iman yang ada disitu.

‘Dia dah pergi ke hotel. Check in dan beli makanan tengahari sekali.’

‘Oo.. So, kita pula pergi macam mana?’

‘Haa.. Situ ada teksi. C suruh pergi ke hotel Ascott.’ kata bapak.

‘C kata, kita akan duduk situ 3 malam jah. Pastu pindah hotel dekat2 Marina pula dengarnya. Macam pindah 3 kali jugak nih, ibu pun tahu rancangan dia macam mana, dia sibuk sangat sampai tak sempat nak bagitahu.’ kata ibu.

‘Oo.. Ok2, takpa. Ikut saja.’

Lalu kami menaiki teksi dan bapak menyuruh pemandu teksi bawa kami ke hotel.

Ya Allah, aku dah macam rusa masuk ke kampung. Terpegun dengan persekitaran yang lain dari yang lain. Bangunan yang tak pernah dilihat dan tergelak juga dengan bapak pergi masuk pintu depan sebelah kiri dan aku pun tak teringat sini left-hand drive.

IMG20180323144549

👆pemandu teksi tuh cakap ini adalah tower pertama dan bangunan yang paling tinggi di Dubai semasa tahun 1975.

Sekarang dah macam ni 👇

IMG20180323150706

Masuk ke dalam resident hotel, aku rasa terharu sungguh dengan abang aku. Bagi aku, ia terlalu mewah. Diam-diam dia, hati dia sangat pemurah.

Aku termenangis di dalam sujud aku.. Sungguh aku tak sangka aku boleh merasai dengan rezeki ini. InsyaaAllah, akan aku gunakan peluang ini sebaiknya. Sweet dream.

 

IMG20180323180131

P.s: now.. my feet hurts… A lot.

Ibu suruh aku kurangkan makan, aku diamkan saja…

Published by

HidayahCJ

Welcome to Her Sanctuary! She is beautiful as she is. She is a freelance writer. She will keep updating her blog and her inner soul. She had no terrific profession than taking care of her parents. She loves Kucing! Can emailed her at hidayahcj@gmail.com

Leave a comment